Program Advokasi & Pengenalan eKelas - SK Bandaran No.3 Sibu

24 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2019 (Rabu), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu dijemput oleh Pusat Internet Bandung, Sibu mengadakan Program Advokasi & Pengenalan eKelas bertempat di SK Bandaran No.3 Sibu. Program ini berobjektif pendedahan Advokasi & Pengenalan eKelas kalangan peserta. Program ini diadakan selama 2 jam dari jam 2:00 hingga 4:00 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar Tahun 6 yang telah menduduki UPSR seramai 76 orang dan 5 orang guru.

Dalam program ini, peserta telah didedahkan dengan Advokasi dan Pengenalan eKelas. eKelas ini hanya terdapat di PI Kpg. Bandung dan ianya berdekatan dengan SK Bandaran No.3 Sibu. Oleh yang demikian, amat bersarlah harapan kami untuk menambahkan lagi peserta eKelas di PI Kpg. Bandung. Kemudiannya, diteruskan dengan Advokasi tentang 1. Pengenalan MCMC, 2. Portal & Aplikasi Sebenarnya.my, 3. Maklumat Palsu, 4. Perkongsian Secara Berlebihan dan 5. Panggilan Palsu.

Impak dari Program Advokasi & Pengenalan eKelas ini, peserta-peserta menampakan kesungguhan dan keseronokan. Penganjur program Pusat Internet Bandung dan kerjasama antara Pusat Internet Bawang Assan dan Rantau Panjang amatlah memberangsangkan. Semoga kerjasama padu ini akan dapat dikekalkan dan semoga kita dapat berkerjasama di dalam program-program lain di masa akan datang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali